Madhan Karky

Templat:Undisclosed paidMadhan Karky Vairamuthu adalah seorang penulis lirik, penulis skenario, pensyarah penyelidikan, jurutera perisian, dan usahawan. Seorang pemegang ijazah kedoktoran komputer sains dari University of Queensland, Karky memulakan karier profesionalnya sebagai pembantu profesor di College of Engineering, Guindy, dan tidak lama selepas ity beliau mula meneroka industri filem Tamil dimana beliau bekerja sebagai penulis lirik dan dialog. Beliau meletak jawatan dari profesion pensyarahan pada awal tahun 2013 dan mula bekerja sepenuh masa dalam industri perfileman, sambil melancarkan Yayasan Penyelidikan Karky (KaReFo), sebuah organisasi penyelidikan pendidikan yang berfokus pada pengkomputeran bahasa dan literasi bahasa. Beliau juga mengasaskan Pendidikan Mellinam, yang membangunkan permainan pendidikan dan buku cerita yang direka untuk menyebarkan pembelajaran di kalangan kanak-kanak, dan DooPaaDoo, sebuah platform muzik dalam talian yang mempromosikan muzik bebas dan menjadi pengedar untuk album lagu filem.

Madhan Karky

Pekerjaan Lyricist, software engineer, professor
Ibu bapa Vairamuthu
Ponmani
Kerakyatan India
Pasangan Nandini Karky
Anak Haiku
Warganegara Indian
Saudara Kabilan Vairamuthu (Brother)
Kelahiran Madhan Karky Vairamuthu
(1980-03-10) 10 Mac 1980 (umurĀ 39)
Pusat pendidikan
  • College of Engineering, Guindy
  • University of Queensland
Kediaman Chennai, Tamil Nadu, India